Friday, March 26, 2010

Bermulanya episod sebagai pelabur emas

Tanggal 1hb April 2010, aku telah mengubah nasib diriku untuk maju setapak ke hadapan..Untuk berjaya aku harus berani mencuba sesuatu yang baru. Sebelum ini mentaliti aku hanyalah kepada perniagaan kontrak pembinaan. Semua maklum sekarang yang negara kita Malaysia mengalami kegawatan ekonomi. Jadi bagi para kontraktor, ianya amat menakutkan kerana boleh menjejaskan periuk nasi kami yang selama ini hanyalah bergantung kepada job yang di awardkan oleh Kerajaan Malaysia.


Selama menganggur sehinggalah posting ini ditulis...aku telah terjumpa sesuatu yang menarik di internet iaitu perniagaan emas fizikal sambil melabur. Pada mulanya aku tak percaya bisnes yang macam ni. Takut-takut terjebak dengan skim cepat kaya ataupun skim piramid. Setelah hampir 2 bulan aku wat research, aku terpanggil & tertarik untuk cuba menelefon seorang Jutawan Emas iaitu Pokli.


Dengan nada yang selamba menjawab telefon, beliau(Pokli) telah menerangkan lebih kurang ape yang beliau buat sekarang(perniagaan emas) tapi aku masih tak berpuas hati kerana percakapan melalui telefon tak boleh menunjukkan bukti. Hari-hari aku buka web beliau iaitu www.pokli.com dan aku dapati harga emas semakin hari semakin naik. Ketika ini juga aku cuba menyiasat(survey) status syarikat Public Gold melalui Bank Negara Malaysia & SSM. Ternyata tepat ramalanku bahawa syarikat ini menjalankan perniagaan secara sah. Bukan skim cepat kaya yang aku takutkan selama ini.


Kebetulan pula Pokli balik ke rumah mertuanya di Terengganu kerana mertuanya meninggal dunia..Al-Fatihah aku sedekahkan kepada Allahyarham.. Lalu aku mengambil kesempatan itu untuk berjumpa beliau di Terengganu. Dengan wifeku yang tersayang, aku drive hampir 180km jauhnye semata-mata ingin berjumpa face 2 face ngan beliau. Alhamdulillah...dapat juga aku berjumpa dengannya. 


Hahahaha....rupa-rupanya Pokli juga orang Kelantan dan sekampung denganku tetapi kami tak pernah berjumpa. Ape lagi...borak sakan pasal emas. Beliau menunjukkan dinar emas & jongkong emas padaku membuatkan aku terus tertarik...tergoda...terdaya...tapi aku tak rase tertipu sebab aku tahu itu emas betul dan cara perniagaannya betul.


Seminggu selepas aku berjuma beliau, di samping menambahkan ilmu pelaburan emas dengan membaca ebook Encik Syukor(Jutawan Emas) dan dari blog-blog pelaburan emas yang lain, aku mula yakin untuk start bisnes baru dengan menjadi ejen sah Public Gold melalui rangkaian ejen Pokli. Harga untuk menjadi ejen ketika itu ialah RM 37,869.00 sahaja. Pehhh...sahaja tuh.hahaha.


Nak takut ape ngan nilai banyak tu....Itu harga emas...bukan water filter..bukan bra..bukan baju...ITU LAH EMAS.... Semua orang tahu emas tak susut nilai..Emas ni akan sentiasa naik harga untuk jangkamasa panjang..Sikitpun aku tak risau..


Hurmmm.....akupun dah mula penat nak menaip lagi..Aku nak amik peluang ni untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pokli kerana mengajar aku ilmu pelaburan emas ni & secara automatiknya membuka peluang untuk aku mencuba perniagaan yang baru..


Mulai hari ini....bermulalah episod aku yang baru sebagai PELABUR EMAS..Tokey emas la tu..hehehe


Sekian...wassalammm......
 

Mengenai Blog Ini

Blog ini bertujuan untuk menyedarkan dan mendidik orang ramai tentang kebaikan emas pelaburan. Di samping itu juga, tuan punya blog mempunyai misi tersendiri iaitu untuk membaiki taraf hidup khususnya orang-orang Melayu kita dengan melabur di dalam emas pelaburan. Selain itu, blog ini juga akan mendedahkan bagaimana membuat keuntungan dengan melabur emas dan juga membezakan skim pelaburan emas (skim cepat kaya) dengan pelaburan emas fizikal. Bersama-samalah kite berkongsi maklumat dan informasi terkini untuk kesejahteraan bersama.

Followers

Danish Gold Malaysia Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template