Friday, June 25, 2010

Kenapa Emas

Perbezaan antara asset:
Ada diantara pelabur yang mempunyai portfolio yang tinggi mempunyai asset kewangan yang tersendiri sejak turun temurun terutama pelaburan saham dan bon. Sebab utama pelaburan ini untuk mempertahankan dan mengawal sekiranya disalahgunakan pihak tertentu.
Dalam kontek portfolio pembangunan, pelaburan dilihat sebagai satu keperluan yang tidak mempunyai risiko yang tinggi berbanding asset dan ianya mempunyai pulangan dan tabungan pada setiap pelaburan yang dilakukan. Pada setiap definasinya, pelaburan mampu mengelak kerugian yang besar malah mampu mengubah keuntungan.


Definasi sebenar
Kunci definasi dalam bentuk pelaburan berkait rapat antara satu sama lain kerana setiap pelaburan yang dilakukan berhubung rapat berbeza dengan konteks pelaburan sahamdan bom dimana setiap pelabur perlu mencari pelabur untuk menjual pasaran barangan yang ada sama ada mampu mencatatkan keuntungan atau sebaliknya.


Definasi untuk mengurangkan risiko
Ramai pelabur beranggapan bahawa setiap pelaburan yang dilakukan tidak lari dari menghadapi satu-satu risiko termasuk pembelian saham atau bomn namun dengan pelaburan ini kesan risiko dalam pelaburan emas adalah kecil dan rendah. Setiap urusniaga yang dilakukan tercatat bagi mengelak sebarang kesan yang berlaku.


I. EMAS – HARGA SIMPANAN
Sebab utama pelabur melihat pelaburan emas yang mempuyai kelas yang tersendiri kerana ianya sentiasa bertahan pada harganya tidak mudah kerugian pada harganya biarpun menghadapi situasi pasaran. Melalui petikan pakar ekonomi, Stephen Harmston dari Penasihat Bannock dalam laporan Kewangan Emas Sedunia 1998 memetik.

“…Sekiranya terhadap kesan pada harga pasaran, harga pasaran emas tidak akan berubah dalam tempoh masa yang lama seperti mana yang berlaku terhadap pasaran komuniti yang sentiasa berubah-rubah dan pada dasarnya pasaran emas sudah membuktikan keberkesanan pada harga kawalan dan ianya adalah lebih selamat pada ekonomi dan mampu mengelak berlaku inflasi dan mengawal ekonomi semasa. Dalam tempoh masa yang panjang, ekuti saham mampu mengugat pertukaran pasaran saham asing sekaligus hubungan antara pasaran saham akan berubah tetapi tidak pada pelaburan emas kerana dalam tempoh bertahan itu mampu mencatatkan keuntungan yang berharga.”


II. EMAS – PORTFOLIO DALAM SITUASI SUKAR
Antara kesan utama adalah untuk mempertahankan pasaran dalam sektor kewangan terhadap asset yang didagangkan dan emas dilihat satu pasaran yang cukup ideal bagi mengelak berlaku inflasi.

Definasinya Kunci Pelaburan Emas
Aspek utama dalam perlaburan adalah ianya terkawal dari segi risiko dan mempunyai pulangan yang dijangkakan dan amat kuat setiap kali pelaburan dilakukan terhadap pasaran sedia ada.
Memperkenalkan kelas yang tersendiri dan setiap pelaburan yang dilakukan mempunyai asst dalam komoditi kerana pencaturannya amat berbeza dalam setiap pelaburan yang dilakukan kerana ianya berfungsi secara lebih radikal dan selamat.

Sebab pembelajaran yang tersendiri menunjukkan teknik definasi secara tradisional  termasuk pembelian saham dan bon menunjukkan kerugianv dan ada sedikit keuntungan pada setiap kali ianya didagangkan dipasaran. Biarpun membuat pelaburan yang kecil dalam urusniaga emas namun keuntungan yang dicatakan agak memberangsangkan.

6 Sebab utama mengapa perlu melabur emas.
1.       Mampu mengawal inflasi.
2.       Mampu mengawal pegedaran matawang dolar.
3.       Selamat setiap masa dalam pasaran semasa.
4.       Sebagai pasaran komoditi ianya adalah pasaran yang bagus dan baik kerana mempunyai pulangan yang tinggi.
5.       Penyimpan nilai.
6.       Portfolio dalam mengelak berlaku inflasi.


III. MENUTUP BERLAKUNYA INFLASI
Pelaburan emas dirangka untuk menutup berlakunya inflasi kerana tahap konsistennya diperakui berkesan kerana harganya sentiasa naik kerana harga emas tidak memberi sebarang kesan sampingan sejak perang dunia musim kedua dan kesan inflasi di amerika Syarikat untuk tempoh lima tahun turut menunjukkan kenaikkan pada 1946, 1974, 1975, 1979, dan 1980. Dalam tempoh masa itu, stok pulangan antara 12.33%; pada pulangan asal emas adalah 130.4%.
Hari ini, bilangan factor untuk mewujudkan perbezaan amat banyak sekali termasuk polisi pelaburan, pemotongan cukai, tempoh masa yang panjang untuk mengesahkanya termasuk memotong harga pasaran minyak dunia.

Minyak, Inflasi dan Emas
Harga pasaran minyak dan emas tidak sama antara satu sama lain hinggakan boleh menimbulkan pertanyaan mengenai harga pasaran minyak mampu memberi kesan terhadap harga emas kerana harga minyak sentiasa ada yang naik dan turun.Disini ada dua perbezaan kenaikkan harga pasaran emas yang berlaku pada1968. Kenaikkan harga pada 1972 dan 1974  turut melonjakkan kenaikkan sehingga 325%, antara US$2.44 kepada US$10.36. Dalam tempoh masa itu juga, harga emas turut sehingga 268% (pada suku tahun)(on a quarterly antara US$47.45 kepada US$174.76. Kenaikkan kedua pada harga berlaku pada 1978 dan 1980, apabila harga minyak naik sehingga 105%, dari US$12.70 ke US$26.00. dan masa yang sama, harga emas turut naik 254% dari  US$178.33 ke US$631.40.


IV. EMAS – ANTARA PERTUKARAN DOLLAR
Emas dibeli dan dijual pada harga pasaran US, jadi tiada sebarang pertikaian mengenai harga berlaku sama ada naik atau sebaliknya.Matawang US Dollar adalah matawang yang kekal dan kenaikkan tidak begitu ketara dan ianya baik untuk simpanan dan pertukarannya boleh membuat perkiraan urusniaga komoditi.


V. EMAS ADALAH SELAMAT
Berdasarkan fakta bahawa Amerika Syarikat menggunakannya sebagai krisis komoditi dalam menggunakan sebagai pengawalan kuasa namun ia tidak memberi kesan yang kuat pada pasaran dunia termasuk memberi kesan pada pelabur pada satu-satu peringkat. Antara sebab utama adalah pada pasara emas tidak memberi kesan yang kuat namun begitu jika dilihat pada sistem perbankan agak ketara kesannya jika berlaku kesan ekonomi. Dan diharapkan dan juga amat penting pada pasaran dunia apabila kegagalan ekonomi global akan menjejaskan ekonomi dunia namun pelaburan emas masih lagi selamat.


VI. EMAS – BEKALAN DAN PERMINTAAN
Pertama, pemintaan agak ketara dan produkti emas sentiasa berubah, perak juga berubah dan secara puratanya ianya sentiasa berubah-ubah biarpun agak teruk untuk membuka pengurusan baru berasaskan pertukaran namun ianya dapat diselesaikan dalam satu tempoh masa yang cukup singkat seperti pengeluaran emas di Afrika Selatan sebagai pengeluar emas terbesar di dunia mencatatkan kejatuhan pada peringkat paling rendah pada 1931 dan kemudian terus tutup sehingga melantik Harmony Gold Mining Co dan berlaku kenaikkan pada harga emas setiap tahun selama 16 tahun lamanya.

Pemintaan yang meningkat terutama di China, India dimana India mencatatkan pengunaan emas yang paling banyak di dunia dan China mencatatkan pertumbuhan ekonomi dalam sejarah ekonomi paling moden dan kedua-dua negara melakukan liberalisasikan pada undang-undang untuk mengimport dan menjual emas.
China mengajar sesuatu yang baru dalam industri termasuk kenaikan ekonomi sehingga 9 % setahun dan akan menjadi negara kedua terbesar di dunia pada 2020 dibelakang Amerika Syarikat. Tahun lalu, Amerika Syarikat membelanjakan  $162 billion lebihan dari barangan China berbanding barangan yang dibelanjakan China terhadap produk Amerika Syarikat dan perbezaan antara 25 % setiap tahun.

Rahsia Nak Manfaatkan Keuntungan Emas Seperti Dividen ASB

Assalamualaikum..


SALAM EMAS SEMUA!!


Sila lihat perbandingan diatas antara kenaikan harga emas dan juga pelaburan ASB untuk 10 tahun.. Lihat carta diatas sahaja kita dah naik syiok kan.. yelah untuk 10 tahun ni emas naik hampir 400% tapi ASB cuma berlegar-legar sekitar 10-14% dan sekarang dividen cuma 7-8% sahaja.. Berbanding kenaikan emas purata 37% untuk setahun.. banyak tu beza : 37%-7% = 30% beza tu!! Tapi melihat carta diatas pun masih ade yang masih ragu-ragu akan fungsi dan nilai emas.. Cuba kita selami selanjutnya.. 

Hari ni saya mendapat pertanyaan dari pelabur tegar ASB melalui agen saya. Soalannya lebih kurang macam ni la:

Soalan 1 : Jika melabur dalam ASB, saya dapat amik dividen tiap-tiap tahun untuk melancong, belanja anak sekolah, top up OD/ASB dan lain-lain lagi dengan mengekalkan nilai pelaburan asal untuk mengutip sejumlah dividen lagi pada tahun berikutnya. Jadi dalam kes melabur emas ni, macamana nak ambik duit dividennya ? adakah saya terpaksa jual emas untuk dapat untungnya, pastu kena beli balik (which is harganya lebih tinggi lagi) untuk jana untung tahun seterusnya.

Soalan 2 : Emas nak jual kat sape? mudah ke prosesnya..

Jawapan No 1:

Sebelum jawab lanjut soalan ni, ulasan saya adalah : sebagai orang Islam yang hidup di zaman teknologi ICT, maklumat di hujung jari, tanya saja pada pakcik google, dia akan bagitau semuanya. So kita boleh dapatkan info yang pelaburan ASB sebenarnya adalah haram, namun diistiharkan Harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atas dasar kemaslahatan ummah, bukan kerana halal proses urusniaga dan pelaburannya. Oleh itu, orang kata ndak seribu daya, tak ndak seribu dalih.

Pada saya, bagi yang tahu, kita wajib meninggalkan ASB dan kita pakat push PNB menghalalkan urusniaga ASB ini. Jika kesatuan Islam bergabung dan dengan kekuatan 'suara' MFK, maka kita umat Islam Malaysia boleh mendesak kerajaan dan PNB menghalalkan ASB. Semua pakat diam tak buat apa pastu dok kata kita tak de kuasa. Kita ada kuasa sebenarnya, bila kita semua sepakat ugut nak kuarkan duit ASB, mesti PNB gelabah dan cepat2 amik tindakan sewajarnya. Yang herannya, orang atas kat PNB tu majoritinya semua Islam tapi.....

ok...bagi menjawab soalan di atas pula, saya suka memberi perkiraan seperti di bawah ini terlebih dahulu.

Pada hari ni mereka membeli emas sebanyak 20k dengan pecahan berikut :
i. 20 gram - RM 2698.00 x 5 keping = RM 13 490
ii. 50 gram - RM 6712.00 x 1 kpg = RM 6,712
Total investment = RM 20,202

Pada hujung tahun iaitu bulan 12, diandaikan kenaikan 37%, oleh itu nilai emas mereka telah menjadi :

i. 20g - RM 2698 X 37% = 998.26
- RM 2698 + RM998.26 = RM3,696.26
- RM 3,696.26 X 5 kpg = RM 18,481.30

ii. 50g - RM 6,712 X 37% = RM 2,483.44
- RM 6,712 + RM 2,483.44 = RM 9,195.44

Nilai emasnya telah menjadi :RM 18,481.30 + RM 9,195.44 = RM 27,676.74

Keuntungannya adalah RM 27,676.74 - RM 20,202 = RM 7,474.74

Kalau nak guna nilai keuntungan tersebut: jual la emasnya sebanyak 2 keping 20g :
RM 3,696.26 X 2 = RM 7,392.52
dgn itu, walapon emasnya berkurang dari segi berat, tetapi nilainya masih sama seperti modal asal.

Jika dalam ASB, mereka menabung tiap2 bulan, maka simpan emas pon sepatutnya mereka beli tiap2 bulan. Maka pada akhir tahun mereka jual sebahagian emas untuk menggunakan keuntungan yang diperolehi, tetapi nilai emas yg ada masih sama spt modal asal (ataupon bertambah disbbkan dok tambah emas tiap2 bulan) depend kpd perancangan dan matlamat masing2.

Harus diingat, anggaran 37% keuntungan adalah andaian berdasarkan purata kenaikan harga 5 tahun lepas. Tidak mengambilkira harga sebenar (harga buy) jika nak jual semula. but still keuntungan ada especially jika pandai timing bila nak jual semula.Kalau jadi agen, boleh carik buyer dan jual dengan harga jual(sell price) seperti perkiraan di atas.

Jawapan soalan 2 :

Berkenaan nak jual semula kat sapa, just contact mana2 agen atau jual ke publicgold sendiri. rujuk web publicgold utk lihat senarai dealer terkini.jual kat saya aka Zarul pon boleh....dialu-alukan. Harga pula ikut harga buy semasa. Just bagitau nak jual balik, setuju harga then boleh jumpa untuk berurusniaga. semudah abc kan??

Sekian, semoga dapat manfaat dari perkongsian ini...

 JOM KAWAN-KAWAN KITA PAKAT KUMPUL EMAS!!

sedutan dari perkongsian ilmu oleh:-

Sumber :  Pn Nurul Huda Ismail http://gold2rich.com
                :  Pn Eda  http://eda-emas.blogspot.com
                 
                 


Thursday, June 24, 2010

Teknik Pajak Emas Lagi...


Sumber :- www.pokli.com (sifu Emas saya ni..)





Assalamualaikum w.b.t

Hai....apa khabar semua....agar sihat walafiat dan seronok tengok harga emas naikk.....happy......alhamdulillah.....sebab tu la penyimpan emas kena bayar zakat.....:-)

Ok.....harini pokli nak kongsi cara MULTIPLY......gandaan.....nak merempit.....ayat senang......sebelum kita membuat gandaan ni kena Set Objektif.....jangan buat sebab orang lain buat......antara objektif merempit adalah

1) Membeli Emas Lagi......kalau letak 100g....nak beli lagi emas.....

2) Membayar Down payment hartanah bagi rumah-rumah lelong yang di menangi......atau rumah baru launching...atau membayar Lawyer Fees....Stamp Duty...

3) Membayar Hutang-Hutang Kredit Kad yang interest Tinggi.....Hutang-Hutang Personal Loan....dan Hutang2 yang Menggangu Cash Flow bulanan kita........nak buat full statement rumah/kereta pun boleh

4) Masukkan dalam ASB......:-) dapat pulangan 7-8% setahun

5) Kurangkan Interest OD/ASB




Ok......bagi pokli adalah nak bayar lawyer Fee dan Stamp Duty rumah Sri Bangi yang Lawyer sibuk suruh bayar.......dan tambah koleksi emas lagi la.....hehehehhehe

Pokli pergi merempit emas di Ar Rahnu Agro bank di Nilai, Negeri Sembilan......lokasi di Taman Semarak.....dekat dengan Nilai 3........

Pokli merempit 20g x 2pc.....50g x 1pc......1 dinar x 1pc......


Teknik dia begini


1) 1 Dinar Public Gold

mula2 pokli Isi borang dan Cakap kat Puan Pegawai bank Agro tu...nak merempit 1 Dinar dulu.....so...untuk kali pertama kena buat 1 dinar sebab Bank akan bagi 60% untuk 1st Timer Gadai.....

Tarikh Gadaian : 4/6/2010..............Matang : 4/12/2010 
Nilai Marhum : 460.27
(460.27/ 4.25g = Rm108.29/gram)

Pinjaman : 60% = RM276.00.....

Upah Simpan : RM18.56 ( untuk 6 Bulan = Rm3.09 sebulan....murah gilerrr caj dia kan?)


2) 20g x 2 + 50g x1 Public Gold


isi borang kedua dan dapat 70%...ya beda bedu....

Nilai Marhum : RM10,838.00 
(RM10,838.00 / 90g  = RM120.42/gram)

 Pinjaman : 70% = RM 7,446.00

Upah Simpan : Rm 478.71 (utk 6 bulan = RM 79.785 sebulan......confirm boleh bayar punya)

so.....untuk transaksi itu pokli telah dapat RM 276 + Rm 7446.00 = RM7722 bermodalkan 20g x 2 + 50g +1 dinar........wow.....Mudah sungguh nak manipulasi sistem kewangan.....dalam masa 1/2 jam boleh dapat Wang untuk digunakan mencapai objektif di atas....

So dapat je duit tu....pokli gunakan untuk membayar Lawyer Fees+Stamp Duti rumah Seri Bangi Rm6230
balance??? guna untuk tambah stok emas lagi....hehehehe....


okla....selamat Menjana Pendapatan Melalui Emas dan Jom kita pakat Create Pasive Income Streams.....


Tak paham @ nk create passive income melalui EMAS boleh email danish_gold@yahoo.com/call@msg : 012-3849119

Pinjaman Yang Paling Menguntungkan - Teknik Pajak Emas Di Ar-Rahnu

Assalammualaikum kepada para pembaca..saya berharap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera…Artikel ini hanya dicopy-paste dari salah sebuah web rakan emas saya. Bolehlah kita berkongsi bersama untuk pengetahuan semua.
Salam sejahtera, 
Pertama sekali kaedah ini hanya utk mereka yang mempunyai emas jongkong sahaja sebab Ar-Rahnu hanya terima emas fizikal, bukan emas dalam buku akaun seperti GIA atau Maybank Gold Investment.  
Ok, alkisah saya memerlukan wang untuk membiayai perbelanjaan membuat grill tingkap, pintu dan sebagainya yang memerlukan belanja kira-kira RM3,500. Since saya tidak mempunyai cash, saya menggunakan emas 50 gram yang ada utk dipajak gadai supaya memperolehi cash di tangan.  
So saya pergi ke Agrobank, setelah bersetuju dengan nilai pajakan sebanyak 60% daripada nilai marhum emas tersebut maka saya pun memperoleh cash di tangan sebanyak RM3,780.  
Setelah itu saya pun menyelesaikan urusan bayaran grill rumah. Settle part bayaran grill rumah.  
Persoalannya, kenapa saya nak pakai teknik pajak gadai, kenapa tidak apply loan sebanyak RM5,000 dengan bank yang menyediakan pinjaman peribadi.  
Untuk persoalan ini saya mempunyai beberapa jawapan:  
1.    Saya nak cash cepat, so bawa emas fizikal ke Agrobank tak sampai setengah jam dah dapat pinjaman. Tak perlu sign boss/ketua jabatan, tak perlu cop or bawa slip gaji. Hanya bawa ketul emas & sijil ketulenan.
2.    Nilai pinjaman saya kecil, kalau loan bank kemungkinan interest tinggi atau tak di approve.. (fuh masalah ni)..
3.    Tak nak mengamalkan Riba
Biasanya kalau kita buat personal loan, yang untung adalah semestinya pihak bank disebabkan caj interest mereka kita bayar lebih dari pinjaman kita.. At the end of contract kita sendiri boleh kira (12 bulan x RM*** x ** Tahun)..  
Berikut adalah kiraan menggunakan rate emas 999.9 Agrobank.. Bukak kalkulator anda:  

Berdasarkan rate daripada Agrobank  
So daripada kiraan ini, untuk tempoh 11 bulan (Agrobank 6+3+2 bulan), saya hanya perlu membayar RM381.44 termasuk dengan upah simpan untuk menebus balik emas 50 gram saya tadi. (RM4,195.80 bahagi 11 bulan)  
So, mana untungnya Hafizul???  
Untungnya adalah, takkan dah lupa kot setahun emas naik secara purata dalam 30% setahun..  
Kalau berdasarkan kiraan nilai marhum RM6,300 x 30%… Nilai Marhum emas akan meningkat kepadaRM8,190.00!!!~  
Pelik bukan, walaupun dlm keadaan berhutang pun nilai emas kita tetap naik.. Setelah menebus balik emas, kita dapat emas yang nilainya dah bertambah sebanyak 30% !!! Best tak simpan emas?? Bestttttt…….  
p/s: kita bandingkan kalau kita loan RM4,000 daripada bank A… Dengan kadar caj 5-6% setahun maybe total yang kita perlu bayar adalah RM4,200 sahaja.. Tapi setelah itu, kita tak dapat apa pun.. Sekadar berjaya membayar hutang.. =)  
Tapi dengan emas, setelah membayar sepenuhnya tebus balik emas.. Kita dapat balik emas yang nilainya 30% lebih daripada asalnya…   
Dah decide nak beli emas sekarang? Sila hubungi saya segera..  Zarul, 012-3849119. Saya sedia membantu anda.

Kelebihan Ar-Rahnu Berbanding Pajak Gadai Konvensional

SENARIO SEMASA

Antara Senario masa kini yang wujud di dalam penawaran perkhidmatan kewangan (pinjaman mikro kredit) di negara ini:
·    Terdapat banyak perkhidmatan yang tidak selaras dengan undang-undang dan bercanggah dengan akhlak Islam sedang memenuhi jurang penawaran perkhidmatan kewangan kepada masyarakat dalam kelompok berpendapatan rendah.
 
·    Terdapat bilangan yang agak substantial mendapatkan perkhidmatan yang illegal bagi tujuan yang dianggap produktif terutamanya bagi keperluan perniagaan. Keadaan ini wujud di sebabkan oleh masih terdapat jurang yang agak ketara di antara penawaran perkhidmatan kewangan (khususnya secara Islam).
 
·    Pada umumnya skim-skim pinjaman yang illegal  ini mengenakan caj yang terlalu tinggi, berlaku manipulasi dalam urusan emas dan terdapat kes immoral.
 

KELEBIHAN AR-RAHNU

Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:
1.  Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba) Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.
 
2.  Nilai Gadaian Tidak Merosot Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.
 
3.  Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
 
4.  Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.
 
5.  Caj perkhidmatan Yang Rendah Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
 
6.  Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
 
7.  Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
 
8.  Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
 
9.  Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.

 

Mengenai Blog Ini

Blog ini bertujuan untuk menyedarkan dan mendidik orang ramai tentang kebaikan emas pelaburan. Di samping itu juga, tuan punya blog mempunyai misi tersendiri iaitu untuk membaiki taraf hidup khususnya orang-orang Melayu kita dengan melabur di dalam emas pelaburan. Selain itu, blog ini juga akan mendedahkan bagaimana membuat keuntungan dengan melabur emas dan juga membezakan skim pelaburan emas (skim cepat kaya) dengan pelaburan emas fizikal. Bersama-samalah kite berkongsi maklumat dan informasi terkini untuk kesejahteraan bersama.

Followers

Danish Gold Malaysia Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template