Tuesday, July 6, 2010

Emas: Pelaburan Paling Stabil, Menguntungkan

Sumber : http://inimajalah.com


Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun, malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas sama pada masa sekarang - jutawanemas.com

Seorang pengkaji barat, Prof Roy W Jastram mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad 20 adalah hampir sama berbanding kuasa belinya pada pertengahan abad 17.
Nah, ini suatu fakta yang mengujakan. Fakta hasil kajian ini terkandung di dalam buku  profesor berkenaan bertajuk ‘The Golden Constant – The English and American Experience 1560-2007′.
HEBAT... Kuasa beli emas kekal stabil berabad lamanya.
Fakta benar lagi bermanfaat ini didedahkan kepada umum sekali lagi oleh jutawanemas.com. Web yang dikendalikan Syukor Hashim itu memberi tumpuan khusus mengenai pelaburan emas dan berkaitan dengannya.
Apa maknanya apabila kajian itu mendapati ‘kuasa beli emas pada pertengahan abad 20 adalah hampir sama berbanding kuasa belinya pada pertengahan abad 17′?
Berkaitan dengan persoalan ini, jutawanemas.com menegaskan bahawa:


“Satu daripada keistimewaan emas ialah ia berupaya mengekalkan kuasa membelinya di dalam jangka masa panjang.
“Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun, malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas sama pada masa sekarang.
Syukor Hashim
“Memang mengkagumkan.”
Adakah wang tunai di tangan anda atau di dalam akaun anda di bank mampu mengekalkan kuasa beli sedemikian – tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan? Sudah tentu tidak.

Ternyata kuasa beli emas amat mengagumkan!
Menurut jutawanemas.com, Prof Roy W Jastram membuat kajian data daripada 1560 hingga 2007. Beliau mengumpulkan data indeks harga barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa.
Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi itulah, profesor terbabit merumuskan bahawa kuasa beli emas pada pertengahan abad 20 adalah hampir sama berbanding kuasa belinya pada pertengahan abad 17.
Justeru, menurut jutawanemas.com, amat menguntungkan jika anda membeli dan menyimpan emas.
“Hasil analisis data 447 tahun di atas, (ia) akan menguntungkan anda sekiranya anda membeli dan menyimpan emas.
“Ini kerana sudah terbukti bahawa kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun, malah ribuan tahun daripada sekarang,” demikian catat web terbabit dalam posting terbarunya.

Thursday, July 1, 2010

Promosi!!! Promosi Hebat!!! Go! Go! Gold!!!



Terms and conditions:
  1. Open for all NEW dealers signed up in July 2010 only (a full set of gold around RM 40,000 – according to market gold price).
  2. Drawing number is according to the Dealer’s Code.
  3. Drawing date will be on 10th August 2010.
  4. The winner will be notifying by our Business Development Executive and the name will be posted in Public Gold website.
  5. Sales can be accumulated.
  6. Introducer is entitled to get 2 pieces of 1 Dinar if his / her dealers win the prize.
  7. Not transferable or convertible to cash.
  8. The trip is included flight ticket for 2 persons, accommodation & RM 500 cash.
  9. Depart from Kuala Lumpur.
  10. Departure date can be chosen by the winner (off peak season).
  11. Any decision is subject to management approval.


Woww!!!!! Promosi menarik nih..Emas dapat…Sambil melabur sambil berniaga. Untung 20%-37% sebab emas naik harga. Berniaga + teknik manipulasi emas untung 100%. Pastu kalau ade rezeki, sape-sape yang berdaftar untuk menjadi Dealer pada bulan Julai boleh pulak pi melancong free kat Bali 4 hari 3 malam.

Rebutlah peluang ini…Jom kite pakat2 jadi dealer & berniaga emas..Untung$$$$$

Nak jadi Dealer atau Tokey Emas...Hubungi saya 012-3849119

Meluaskan Khidmat Pajak Gadai Islam

Sumber : WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
                 http://www.utusan.com.my
Najib Tun Razak menandatangani plak perasmian sambil diperhatikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Zukri Samat (kiri) pada majlis perasmian Ar-Rahnu Bank Islam di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 18 Jun – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) yang menjangkau usia 27 tahun mengembangkan sayap perniagaan dengan melancarkan perkhidmatan Ar-Rahnu atau pajak gadai Islam di sini baru-baru ini.

Pelancaran perkhidmatan itu di sini yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu lagi rentetan sejarah yang amat bermakna bagi institusi itu selaku perintis perbankan Islam di tanah air.

Ia antara usaha yang bakal memperluaskan spektrum produknya, iaitu meningkatkan lagi kepelbagaian dan sekali gus daya saing perkhidmatan perbankan Islam dalam landskap perbankan keseluruhan yang amat mencabar kini.
Kota Bharu khususnya dan Kelantan amnya dipilih sebagai tapak awal bertepatan dengan kemasyhurannya sebagai antara pusat perniagaan kecil-kecilan yang utama di negara ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zukri Samat berkata: ‘‘Kami mengambil keputusan untuk memberi penghormatan kepada Kota Bharu sebagai bandar pertama pelancaran perkhidmatan ini.
‘‘Menurut kajian kebolehlaksanaan yang dijalankan, terbukti warga Kota Bharu secara keseluruhannya amat cenderung untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan terutamanya wanita.”

Wanita Kelantan juga amat gemar memiliki emas bukan sahaja sebagai perhiasan tetapi juga sebagai simpan dan mereka boleh mendapatkan wang tunai dengan mudah melaluinya pada masa yang singkat bagi membiayai urusan niaga dan keperluan dalam waktu mendesak.
Ini memandangkan sifat semula jadi emas sebagai komoditi yang mempunyai kecairan tinggi dan kestabilan harga yang relatif.

Katanya, pembukaan tersebut selaras dengan permintaan tinggi terhadap pembiayaan kredit makro oleh pasaran ekonomi negara yang 99.2 peratus daripadanya diterajui perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Menurut beliau, dengan perkhidmatan tersebut, pemohon boleh mendapatkan perkhidmatan kredit hanya dalam tempoh 10 minit dengan prosedur yang mudah.
“Kita amat jelas mengenai kepentingan perusahaan mikro ini dalam arus ekonomi semasa malah pada tahun 2008, ia menyumbang sebanyak 31.4 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Melalui perkhidmatan ini, Bank Islam boleh menyumbang ke arah memperkasakan satu segmen utama dalam ekonomi negara iaitu PKS yang mewakili 99 peratus daripada perniagaan dan perusahaan mikro ini menyumbang sebanyak 56.4 peratus pekerjaan dalam negara,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Zukri berkata, pelanggan yang menggunakan perkhidmatan tersebut berpeluang mendapat pembiayaan sehingga 60 peratus daripada nilai emas yang dipajak dan mereka hanya akan dikenakan ‘upah simpan’ iaitu caj untuk menampung kos menyimpan barangan yang dipajak.
“Bagi memastikan ketelusan, semua maklumat transaksi akan direkodkan dengan jelas di samping perlindungan takaful bagi menjamin keselamatan barangan yang dipajak.
“Selain itu, pelanggan yang gagal membayar semula pembiayaan yang diambil akan menerima lebihan lelongan emas yang dipajak selepas kita menolak jumlah hutang dan upah simpan,” jelas beliau.

Beliau menarik perhatian keputusan untuk menggerakkan perkhidmatan ini dibuat bukan semata-mata untuk membolehkan Bank Islam memainkan peranan dalam memperluaskan akses kepada pembiayaan berlandaskan syariah untuk ditawarkan kepada masyarakat peniaga.

Ia juga bagi menyahut seruan Perdana Menteri dalam Ucapan Bajet 2010 Oktober tahun lepas bagi memperluaskan peranan menjana ekonomi rakyat melalui sumber pembiayaan mudah dan pantas.

Bank Islam memulakan dengan menjalin usaha sama strategik dengan mengambil alih 80 peratus kepentingan dalam Farihan Corporation Sdn. Bhd. yang sudah lama beroperasi di Pasir Puteh.

Optimis dengan skim pembiayaan ini, bank itu merancang untuk memperluaskan lagi rangkaian niaga dengan memiliki keseluruhan lima cawangan di seluruh negara menjelang akhir tahun ini termasuk Terengganu, Kedah, Pahang dan Perlis.

Selamat Datang Ke Danish Gold Team

Selamat datang ke Danish Gold Team. Semalam..29 Jun 2010. Danish Gold telah menjalin kerjasama perniagaan dengan seorang rakan niaga baru. Beliau bernama Ahmad Zaiem Alwi merupakan seorang guru aka Ustaz di sebuah sekolah di Tanah Merah, Kelantan. Beliau sangat beruntung kerana sempat menjadi Ejen(Tokey Emas) dengan modal yang rendah iaitu sebanyak RM 20,066. Duit itu bukanlah dilaburkan untuk skim cepat kaya, MLM atau skim piramid yang mengarut tetapi duit itu dilabur untuk membeli stok emas yang boleh dipegang dan disentuh. Masa saya menjadi ejen dahulu..saya kena beli 1 set emas lebey kurang bernilai RM 37k. Sekarang…promosi untuk menjadi ejen dengan modal yang murah telahpun tamat. Bermula hari ini..sesiapa yang ingin menjadi ejen kenalah mempunyai modal lebey kurang RM 41k untuk membeli 1 set emas..Itupun bergantung kepada harga pasaran emas semasa.
Beliau(Ahmad Zaiem) berupaya membekal & menghantar emas di sekitar Tanah Merah,Machang,Pasir Puteh,Pasir Mas & lain-lain jajahan di Negeri Kelantan. Sebarang urusniaga bolehlah berhubung dengan beliau atau saya sendiri, Zarul.
Ahmad Zaiem Alwi
Tanah Merah, Kelantan
No Tel : 013-2113166
Email : myfulusi@gmail.com
YM : asael_aswad
FB : ahmad zaiem 


Sekiranya para pembaca juga berminat untuk menceburi bidang perniagaan emas ini juga boleh menghubungi saya,Zarul (012-3849119) secara lansung. Ilmu emas & rangkaian perniagaan harus diperluaskan. Tidak rugi untuk memiliki emas, melabur emas & menyimpan emas..Dan….yang paling tepat sekali untuk pelabur emas ialah BERNIAGA EMAS..

Pengedar Sah Public Fine Gold

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini 1 Julai 2010 genaplah 4 bulan saya berkecimpung di dalam perniagaan jual beli emas. Banyak dugaan telah saya tempuhi sepanjang perniagaan ini. Selain berniaga, saya juga telah mengetahui bahawa emas ini banyak kelebihan & peranannya. Selain sebagai aset & perlindungan, emas juga sebagai pelaburan yang paling selamat kerana ianya tidak susut nilai (tiada inflasi) malah bertambah nilai. Ia juga setanding pelaburan yang lain seperti hartanah. Emas juga paling mudah dibeli & paling mudah untuk dijual bila-bila masa. Oleh itu, sesiapa yang tidak berkemampuan untuk memiliki hartanah sendiri, eloklah bermula dengan melabur emas dahulu.

Yang paling utama sekali, matlamat kami sebagai peniaga emas (ejen) ialah untuk mengembalikan semula matawang Islam iaitu Dinar Emas. Ini barulah permulaan…Baru peringkat mendidik rakyat kita untuk mengenal ape itu Dinar Emas & apakah peranannya dalam Sistem Kewangan & Ekonomi Islam. Walaupun ilmu saya masih cetek dalam perihal Islam, sekurang-kurangnya saya boleh menyampaikan dakwah melalui perniagaan emas.

Oklah…Tujuan sebenar entri ini ditulis…saya cuma ingin mengistiharkan bahawa saya adalah pengedar sah (Dealer) kepada Public Fine Gold Int. Sdn Bhd. Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk berurusniaga jual-beli produk emas pelaburan syarikat tersebut dengan saya. Saudara-saudari / Tuan-puan bolehlah melayari www.publicgold.com.my untuk mengesahkan bahawasanya saya adalah pengedar yang sah di Kelantan.

Nama : Zarul Azkief Bin Che Zulkifli
Dealer Code : A0480
Tel       : 012-3849119
FB       : Zarul Azkief
YM      : family_day81

Sekian…

Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysia

Sumber : http://www.zaharuddin.net/

Soalan 1
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.

Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?

Soalan 2
Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.


JAWAPAN
Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-
Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.

Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepadaRiba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf'(hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

• HALAL DAN SAH : Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a.  Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)



DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.

Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuksettlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram.Untuk kira-kira buka di sini.
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.

Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.
Sekian
 

Mengenai Blog Ini

Blog ini bertujuan untuk menyedarkan dan mendidik orang ramai tentang kebaikan emas pelaburan. Di samping itu juga, tuan punya blog mempunyai misi tersendiri iaitu untuk membaiki taraf hidup khususnya orang-orang Melayu kita dengan melabur di dalam emas pelaburan. Selain itu, blog ini juga akan mendedahkan bagaimana membuat keuntungan dengan melabur emas dan juga membezakan skim pelaburan emas (skim cepat kaya) dengan pelaburan emas fizikal. Bersama-samalah kite berkongsi maklumat dan informasi terkini untuk kesejahteraan bersama.

Followers

Danish Gold Malaysia Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template