Thursday, April 29, 2010

Kisah 1 Dinar & Menunaikan Haji Dengan Simpanan Dinar

Alhamdulillah...di pagi khamis yang mulia ini..saya telah mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t. Dengan melibatkan diri dalam perniagaan dinar emas & jongkong emas ini. Saya telah mengetahui bagaimana untuk menunaikan haji dalam masa yang terdekat. Terima kasih kepada Cikgu Azrul dari http://www.auraurum.com. Beliau ialah rakan Emas kami yang berpengkalan di Johor dan merupakan wakala kepada Public Gold. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana mengizinkan saya berkongsi maklumat yang sangat berguna ini kepada kita umat Islam..

Pelaburan Emas Yang Telah Direalisasikan

Graf Dinar Emas VS Kos Menunaikan Haji

Melalui gambar di atas, insyaallah...kita sama-sama dapat menunaikan haji dengan hanya menyimpan dinar emas  setakat yang kita mampu. Kalau mampu 1 dinar sebulan..simpanlah...Paling kurang pun 2 dinar setahun..Tengok gaya kita jugak..Kalau rasa nak menunaikan haji pada tahun 2015, belilah & bermulalah dari sekarang..Ini kerana kenaikan harga emas ialah 20-37% setahun..sebab tu dengan hanya 10 dinar pada tahun 2015 insyaallah kita mampu menunaikan Haji di Mekah dengan izin Allah s.w.t..

Kos HAJI 2010Pendaftaran Pakej Haji 2009M/1430H pada tahun ini dibuka sekarang. Pakej-pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut :
7/11-17/12 KT AWAL (42hari) RM17,880
17/11-28/12 KT AKHIR (42hari) RM16,980
( sumber : 
http://hajiumrahziarah.wordpress.com/pakej2-2009/pakej-haji-2008m1429h/ )
 
Kos haji meningkat setiap tahun tu  ( sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_27.htm )

Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dalam Bulan-bulan Haji dengan mengerjakan Rukun-rukunnya seperti Wukuf, Tawaf, Saie dan lain-lain. Ia difardhukan Allah pada Tahun 5 Hijrah keatas setiap orang Islam, lelaki dan wanita yang berakal, baligh dan berkemampuan. Haji adalah salah satu 5 Rukun Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah:196). “Dan untuk Allah, wajib ke atas manusia mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu sampai ke sana. Barangsiapa yang engkar, maka Allah Maha Kaya (tidak memerlukan) dari semesta alam” (Ali Imran:97). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Haji yang Mabrur, tiada balasan baginya selain Syurga”.

Marilah kita sama-sama menyimpan 1 Dinar dengan harga RM 558 (29 April 2010) dan simpan setiap tahun 2 keping. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat menunaikan Rukun Islam yang kelima ini. Amin....

Jika berminat untuk mendapatkan Dinar Emas ini hubungi saya Zarul, 012-3849119. Bagi warga Johor, anda boleh dapatkan Dinar Emas ini dengan menghubungi sahabat saya, Cikgu Azrul di talian 017-7675446.

Wednesday, April 28, 2010

Info Zakat Emas

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.

firman Allah s.w.t

Maksudnya
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)." - Surah At Taubah (103).

Sabda Rasulullah S.A.W
(Hukum Zakat, Dr. Yusuf Qardawi, m/s 75)

Maksudnya
"Saya mengarahkan memerangi manusia kecuali bila mereka mengucap dua kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat."


SYARAT-SYARAT UMUM WAJIB MEMBAYAR ZAKAT
Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 4600 (bergantung kepada harga semasa emas)

Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya untuk zakat perniagaan sahaja.


PENGIRAAN ZAKAT EMAS
Emas Yang Tidak Dipakai (Disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9


Sumber dari Pusat Pungutan Zakat MAIWP
http://zakat.com.my/zakat-emas

Monday, April 26, 2010

Peluang Keemasan Memiliki Jongkong & Dinar Emas


MENGAPA ANDA PERLU MENYIMPAN EMAS



1.       Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
2.       Harga emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa yang panjang.
3.       Nilai wang kertas sentiasa jatuh dalam jangkamasa yang panjang.
4.       Aset yang terunggul.
5.       Tidak boleh dimanipulasikan.
6.       Emas boleh digadai di Ar-Rahnu jika memerlukan wang segera.
7.       Sebagai pelaburan kerana keuntungan dari kenaikan emas dalam jangkamasa panjang iaitu 20-30% setahun.
8.       Lebih menguntungkan dari pelaburan lain seperti amanah saham, Unit Trust & sebagainya.


PERBANDINGAN HARGA DINAR EMAS (916)
KENAIKAN HARGA EMAS 12.5% DALAM MASA 2 BULAN !!!!
Menarik kan !!!! Hanya beli, simpan & jual semula ketika harga emas naik...


GRAF KENAIKAN HARGA EMAS SETAHUN


GRAF KENAIKAN HARGA EMAS 5 TAHUN





PERBANDINGAN HARGA JONGKONG EMAS (999)


PELABURAN YANG PALING TEPAT IALAH PELABURAN EMAS...BUKAN DENGAN SKIM PELABURAN EMAS TETAPI DENGAN MEMBELI EMAS FIZIKAL...

Kami tidak menjanjikan apa-apa pulangan dalam bentuk duit seperti imbuhan/pendapatan/dividen daripada pembelian EMAS kami. Anda akan memperolehi keuntungan dengan membeli,menyimpan dan menjual semula EMAS ketika harga EMAS naik..BELI EMAS DAPAT EMAS !!!!




Hubungi saya, Zarul 012-3849119 untuk mendapatkan EMAS pada harga semasa dunia..Ketahuilah EMAS kami lebih murah berbanding kedai emas lain..Dan EMAS kami mempunyai sijil perakuan yang sah dan diperakui oleh Assayer bebas yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia & Federation of Goldsmith and Jewellers Associations of Malaysia.


Thursday, April 22, 2010

Surat Dari Bank Negara & Malaysia Book Of Records

Gambar ini membuktikan yang jual-beli EMAS di Malaysia adalah bebas dan tidak ada kena-mengena dengan apa-apa Akta melibatkan matawang. Oleh itu anda semua tidak perlu takut atau ragu-ragu kerana kami di Danish Gold Malaysia hanya menjalankan aktiviti jual-beli EMAS menggunakan produk daripada Public Fine Gold International Sdn Bhd.
Kami tidak menjanjikan apa-apa pulangan dalam bentuk duit seperti imbuhan/pendapatan/dividen daripada pembelian EMAS kami. Anda akan memperolehi keuntungan dengan menyimpan EMAS kerana harga EMAS meningkat setiap tahun,  mempunyai nilai intrinsik dan paling penting EMAS adalah penyimpan kekayaan anda. Anda beli EMAS, anda dapat EMAS. Dan ketahuilah, EMAS yang kami jual adalah lebih murah daripada yang terdapat di kedai-kedai EMAS dan mempunyai sijil pengesahan daripada assayer bebas iaitu Penang Assay Office Sdn Bhd.


Dan ini buktinya bahawa EMAS keluaran Public Fine Gold International Sdn Bhd ialah syarikat yang pertama di Malaysia mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records dalam mengeluarkan jongkong EMAS khas untuk pelaburan di Malaysia.
Jadi tunggu ape lagi...Bukan skim cepat kaya, bukan MLM, bukan skim piramid..Beli emas dapat emas. Hubungi kami di Danish Gold Malaysia untuk maklumat lanjut. Mulakan hari anda dengan memiliki EMAS.

Friday, April 16, 2010

Perbandingan Emas Pelaburan di Malaysia

Terdapat beberapa pembaca yang mahu saya catatkan sedikit analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.

Kijang Emas

- Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu.
- Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
- Tidak boleh lock harga.
- Tidak boleh booking.
- Perlu dapatkan sendiri di Maybank.
- Stok sering habis.
- Tidak beli semula jika tercalar.

OUB

- Boleh dibeli di OUB Utama sahaja.
- Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp   Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
- Perlu dapatkan sendiri di OUB.
- Stok selalu habis
- Mesti bawa resit asal masa jual balik
- Tidak boleh buka sarung

Pamp Suisess

- Boleh dibeli di kedai emas tertentu.
- Spread antara 10%-30% mengikut kedai.
- Buka sarung tolak harga.

Bunga Raya

- Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja.
- Spread 15%-25%.
- Buka sarung tolak harga.

Barang Kemas

- Boleh dibeli di mana-mana kedai emas.
- Harga tinggi berbanding pasaran.
- Spread 20%-40%

Public Gold

- Boleh dibeli daripada mana-mana agen.
- Spread 5%-6%
- Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama.
- Boleh booking dan lock harga.

Wednesday, April 14, 2010

Kempen 1 Dinar 1 Bulan

Sempena menyahut seruan perdana menteri kita iaitu Dato seri Najib dengan konsepnya iaitu 1 malaysia, saya juga mempunyai konsep yang tersendiri. Iaitu konsep 1 dinar 1 bulan. Ianya saya fikir khas untuk pelaburan emas.

Rata-rata kita rakyat Malaysia bekerja makan gaji dan mengharapkan gaji bulanan lah untuk hidup,makan,bayar bil,menabung  & sebagainya. Konsep 1 dinar 1 bulan ni boleh membantu saudara-saudari sekalian untuk membuat pelaburan yang amat berbaloi jika dibandingkan dengan jenis pelaburan-pelaburan yang lain. Cuma yang penting kita kena ada usaha,disiplin, kesabaran,tidak bermewah & tawakal. Jika tiada ciri-ciri ini, kita sentiasa berada di dalam golongan orang yang rugi.

Mengikut pakar pelaburan di Malaysia ini, emas adalah sejenis logam yang sangat bernilai. Sangat susah untuk dijumpai dan tidak boleh dicipta. Dipendekkan cerita semua orang tahu emas amat mahal. Kenaikan nilai emas setiap tahun pula dianggarkan sekitar 20-25%. Jadi di sini saya menganggarkan purata kenaikan nilai emas setahun ialah 24%. Kalau lebih dari itu Alhamdulillah..kalau kurang sedikit saya tetap bersyukur. TETAPI kalau harganya makin menurun sehinggakan mencapai -0%..itu tidak logik sedangkan harga barang-barang di dunia sekarang semakin naik. Takkanlah emas makin menurun. Terpulanglah kepada pembaca untuk menilainya.

APA KONSEP 1 DINAR 1 BULAN NI!!!!
Konsep ini ialah kempen untuk untuk kita menabung sekurang-kurangnya 1 dinar setiap bulan. Jika mampu lebih dari itu amat-amatlah digalakkan. Ia sangat sesuai kepada semua jenis niat untuk pelaburan emas. Maksud saya, jika pembaca ingin melabur untuk mendapatkan keuntungan, melabur untuk simpanan masa depan ataupun melabur untuk berkahwin sekalipun, ia tetap juga sesuai. Asalkan ianya untuk pelaburan jangkamasa panjang. Kalau untuk jangkamasa pendek, kaedah ini tersangatlah tidak sesuai.

Kite tengok pengiraan ye!!!

Bulan                     We Sell                 We Buy
Pertama                 550                         517
Kedua                   561                         527
Ketiga                   572                         538
Keempat               583                         548
Kelima                  594                         558
Keenam                605                         569
Ketujuh                 616                         579
Kelapan                627                         589
Kesembilan           638                         600
Kesepuluh             649                         610
Kesebelas             660                         620
Keduabelas           671                         631
Ketigabelas           682                         641

*Anggaran spread 6% untuk memaksimumkan spread…spread sebenar lebih rendah
* Spread = Harga jualan emas – Harga belian semula emas
* Anggaran kenaikan emas setiap bulan 2%..kenaikan sebenar lebih tinggi

Cuba pembaca yang budiman bayangkan pembaca beli 1 keping dinar pada bulan yang pertama..
Beli pada harga RM 550. Kemudian jual semula pada bulan yang ketiga belas iaitu 12 bulan selepas dinar emas tadi dibeli. Harganya ialah RM 641.
Rm 641 – RM 550 = RM 91
Woww….keuntungan sebanyak RM 91 @ 16.54% dalam masa 12 bulan tanpa berbuat apa-apa. Hanya beli, simpan dan jual semula. Bagaimana kalau kita membeli 1 dinar setiap bulan dan kumpul banyak-banyak dan jualnya semula pada harga belian semula yang sangat tinggi..BUKANKAH ITU MENGUNTUNGKAN..               
Bagaimana kalau emas naik sehingga 30-40% setahun??? Lagi untung..
Bagaimana kalau membeli lebih 1 dinar setiap bulan dan jualnya semula??? Lagi untung…

Jadi disini saya sarankan untuk permulaan, kumpullah 1 dinar setiap bulan kerana membeli emas itu tidak rugi malah menguntungkan.

Bagi lelaki bujang yang berniat untuk berkahwin pada tahun hadapan ataupun tahun-tahun seterusnya, bolehlah mengumpul dinar emas ini setiap bulan. Kerana dengan cara ini, saudara dapat mencapai hajat untuk berkahwin malah menguntungkan lagi kerana nilai emas yang anda beli itu selepas anda menjualnya semula akan semakin mahal. Dengan erti kata lain…siap untung lagi. Modal melabur (beli emas RM 10,000) tahun ini tetapi  tahun depan dan seterusnya akan jadi RM 12,000 @ lebih dari itu.

Tepuk dada tanya selera..Jika inginkan sesuatu mesti ade usaha, disiplin, sabar & tawakal. Tangguh dulu segala kemewahan dan hiduplah cara sederhana…Wassalam.

               


Tuesday, April 13, 2010

Skim Pelaburan Emas (Skim cepat kaya) VS Pelaburan Emas Fizikal

SKIM PELABURAN EMAS
Di Malaysia anda boleh menjumpai syarikat-syarikat yang menawarkan pulangan jika anda menyertai skim pelaburan mereka. Persoalannya, adakah skim-skim pelaburan emas ini boleh dipercayai?
Justeru itu saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara:
Apakah itu:
1. Pelaburan emas.
2. Menyertai skim pelaburan emas
3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.
Dengan memahami perkara ini, anda akan mengetahui pelaburan emas yang sebenarnya. Selain itu anda akan memahami apakah perbezaan di antara ketiga-tiga perkara di atas.

PELABURAN EMAS
Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan. Emas ini anda gunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan anda. Biasanya pelaburan emas adalah untuk jangka masa sederhana dan panjang. Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk mendapat keuntungan. Bagi saya, ini adalah pelaburan emas yang paling selamat dan tak memeningkan kepala. Anda tak perlu risau ditipu sebagaimana jika anda menyertai skim pelaburan emas.

SKIM PELABURAN EMAS
Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas. Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur.
Untuk pengetahuan anda, saya sendiri tidak pernah menyertai skim pelaburan/penyimpanan emas. 
Jika anda berminat untuk menyertai skim pelaburan emas, di sini saya ada sedikit panduan untuk anda:

PANDUAN SEBELUM MENYERTAI SKIM PELABURAN EMAS
  1. Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. Anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/. Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.
  2. Berapa harga emas yang dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi? Tidak ada gunanya anda membayar harga yang tinggi semata-mata mahukan pulangan bulanan.
  3. Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan mengurangkan keuntungan pelabur.
  4. Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga. Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur. Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!
  5. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI! Ini adalah risiko yang sangat tinggi.
  6. Exit cost – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda? Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.
  7. Cuba kira kerugian anda dalam ‘worst case senario’ Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen, minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali. Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal.
  8. Ada kontrak tak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja then JANGAN SERTAI. Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat. Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.
  9. Kalau anda takut risiko, jangan sesekali joint skim pelaburan emas yang ada risiko. Nanti tak tidur lena lah jawabnya…


FAKTOR RISIKO
Menyertai skim pelaburan emas mempunyai kebaikan dan keburukan risiko tersendiri. Contohnya kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pertama. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit. Tapi sebelum anda seronok membayangkan keuntungan saya nak beritahu bahawa skim pelaburan emas ada risikonya. Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tak bayar atau syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat pinjaman peribadi untuk menyertai program-program pelaburan emas.
ANDA BOLEH RUGI BESAR WOOO!!!!!!!!

SKIM CEPAT KAYA YANG MENGGUNAKAN EMAS
Ok, akhir sekali, skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. Ini perlu dielakkan sama sekali. Bagaimana nak tahu? senang jer.. ini ciri-cirinya:-
  1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN. Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.
  2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan aktiviti jual beli emas.
  3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda sertai sebab pulangan lumayan yang dijanjikan.
  4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisen. Lebih ramai, lebih income.
  5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi dan tidak munasabah.
  6. Kalau nak dapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat semula untuk didagangkan. Kalau begini, better lari jauh-jauh.

Ada Ape Dengan Emas Keluaran Public Gold???

Untuk pengetahuan anda, Public Gold tidak ada kena mengena dengan Public Bank.

Apa yang menarik ialah syarikat ini mempunyai kilangnya sendiri dan mengeluarkan jongkong emas bertaraf antarabangsa. Ini kerana setiap emas yang dihasilkan mempunyai sijil ketulenan yang disahkan oleh “Certified Assayer”

EMAS YANG DIJUAL OLEH PUBLIC GOLD & PUBLIC DINAR
Public Gold menjual jongkong emas yang beratnya 20 gram, 50 gram, 100 gram dan juga 1 kilogram. Untuk syiling emas Public Gold menjual syiling 50 gram. Manakala untuk dinar emas Public Dinar ialah 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.




HARGA EMAS PUBLIC GOLD & PUBLIC DINAR
Apa yang menarik mengenai Public Gold & Public Dinar ialah harga emasnya berubah setiap 20 minit mengikut harga emas antarabangsa. Dengan kata lain pembeli boleh melihat sendiri harga emas secara ‘live’ di laman web Public Gold di www.publicgold.com.my  dan Public Dinar di www.publicdinar.com dan membeli emas tersebut daripada agen Public Gold.



BAGAIMANA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD & PUBLIC DINAR
Terdapat 2 cara membeli emas Public Gold:
1. Menghubungi agen Public Gold yang berhampiran anda (Boleh menghubungi saya)
2. Membeli terus daripada Public Gold.






Mengapa Emas????

Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Untuk pengetahuan anda, rekod harga emas boleh dilihat daripada laman web www.kitco.com dan juga di http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg. Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Jika anda menyimpan emas sejak beberapa tahun lepas maka secara automatik anda akan memperoleh keuntungan daripada kenaikan harga emas.
Jika anda membuat analisis harga emas, anda akan mendapati purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun.

Kes 1
Sewaktu nak kahwin pada tahun 2001, saya membeli barang kemas 916 pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!


Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz
Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata 27% setahun)

Kes 2 - Harga syiling Kijang Emas di Malaysia

Kijang Emas adalah salah satu syiling emas yang boleh dibeli di Malaysia. Ia  
dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia dan diedarkan oleh Maybank.  
Harga untuk 1 Ounce syiling Kijang Emas pada 16 Ogos 2001 ialah RM1114.000 dan  
pada 16 Ogos 2009 harganya mencecah RM 3,561.  
Ini adalah kenaikan sebanyak 219.65% dalam masa 8 tahun.  
atau purata kenaikan harga 27.45% setahun!!


Sumber: Bank Negara Malaysia: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141


NILAI WANG KERTAS JATUH UNTUK JANGKAMASA YANG PANJANG

Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah.  
Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli  
wang kertas akan berkurangan.



Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen  
dan 30 sen sebagai duit poket.  
Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum.  
Bagaimana dengan sekarang – tahun 2010? 
Rata-rata ibu-bapa memberikan wang poket RM2 – RM3 untuk membeli  
makanan dan minuman. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10  
kali ganda untuk membeli barang yang sama.  
Kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.  
Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas ( dalam kes ini 
USD) maka hasilnya adalah seperti berikut:







Daripada graf di atas kita dapat lihat:
Nilai emas semakin meningkat
Nilai wang kertas semakin menurun
Jadi sebagai pembaca yang bijak anda perlu memilih untuk menyimpan emas.

 

Mengenai Blog Ini

Blog ini bertujuan untuk menyedarkan dan mendidik orang ramai tentang kebaikan emas pelaburan. Di samping itu juga, tuan punya blog mempunyai misi tersendiri iaitu untuk membaiki taraf hidup khususnya orang-orang Melayu kita dengan melabur di dalam emas pelaburan. Selain itu, blog ini juga akan mendedahkan bagaimana membuat keuntungan dengan melabur emas dan juga membezakan skim pelaburan emas (skim cepat kaya) dengan pelaburan emas fizikal. Bersama-samalah kite berkongsi maklumat dan informasi terkini untuk kesejahteraan bersama.

Followers

Danish Gold Malaysia Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template