Tuesday, April 13, 2010

Mengapa Emas????

Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Untuk pengetahuan anda, rekod harga emas boleh dilihat daripada laman web www.kitco.com dan juga di http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg. Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Jika anda menyimpan emas sejak beberapa tahun lepas maka secara automatik anda akan memperoleh keuntungan daripada kenaikan harga emas.
Jika anda membuat analisis harga emas, anda akan mendapati purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun.

Kes 1
Sewaktu nak kahwin pada tahun 2001, saya membeli barang kemas 916 pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!


Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz
Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata 27% setahun)

Kes 2 - Harga syiling Kijang Emas di Malaysia

Kijang Emas adalah salah satu syiling emas yang boleh dibeli di Malaysia. Ia  
dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia dan diedarkan oleh Maybank.  
Harga untuk 1 Ounce syiling Kijang Emas pada 16 Ogos 2001 ialah RM1114.000 dan  
pada 16 Ogos 2009 harganya mencecah RM 3,561.  
Ini adalah kenaikan sebanyak 219.65% dalam masa 8 tahun.  
atau purata kenaikan harga 27.45% setahun!!


Sumber: Bank Negara Malaysia: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141


NILAI WANG KERTAS JATUH UNTUK JANGKAMASA YANG PANJANG

Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah.  
Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli  
wang kertas akan berkurangan.



Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen  
dan 30 sen sebagai duit poket.  
Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum.  
Bagaimana dengan sekarang – tahun 2010? 
Rata-rata ibu-bapa memberikan wang poket RM2 – RM3 untuk membeli  
makanan dan minuman. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10  
kali ganda untuk membeli barang yang sama.  
Kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.  
Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas ( dalam kes ini 
USD) maka hasilnya adalah seperti berikut:







Daripada graf di atas kita dapat lihat:
Nilai emas semakin meningkat
Nilai wang kertas semakin menurun
Jadi sebagai pembaca yang bijak anda perlu memilih untuk menyimpan emas.

No comments:

 

Mengenai Blog Ini

Blog ini bertujuan untuk menyedarkan dan mendidik orang ramai tentang kebaikan emas pelaburan. Di samping itu juga, tuan punya blog mempunyai misi tersendiri iaitu untuk membaiki taraf hidup khususnya orang-orang Melayu kita dengan melabur di dalam emas pelaburan. Selain itu, blog ini juga akan mendedahkan bagaimana membuat keuntungan dengan melabur emas dan juga membezakan skim pelaburan emas (skim cepat kaya) dengan pelaburan emas fizikal. Bersama-samalah kite berkongsi maklumat dan informasi terkini untuk kesejahteraan bersama.

Followers

Danish Gold Malaysia Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template