Wednesday, April 14, 2010

Kempen 1 Dinar 1 Bulan

Sempena menyahut seruan perdana menteri kita iaitu Dato seri Najib dengan konsepnya iaitu 1 malaysia, saya juga mempunyai konsep yang tersendiri. Iaitu konsep 1 dinar 1 bulan. Ianya saya fikir khas untuk pelaburan emas.

Rata-rata kita rakyat Malaysia bekerja makan gaji dan mengharapkan gaji bulanan lah untuk hidup,makan,bayar bil,menabung  & sebagainya. Konsep 1 dinar 1 bulan ni boleh membantu saudara-saudari sekalian untuk membuat pelaburan yang amat berbaloi jika dibandingkan dengan jenis pelaburan-pelaburan yang lain. Cuma yang penting kita kena ada usaha,disiplin, kesabaran,tidak bermewah & tawakal. Jika tiada ciri-ciri ini, kita sentiasa berada di dalam golongan orang yang rugi.

Mengikut pakar pelaburan di Malaysia ini, emas adalah sejenis logam yang sangat bernilai. Sangat susah untuk dijumpai dan tidak boleh dicipta. Dipendekkan cerita semua orang tahu emas amat mahal. Kenaikan nilai emas setiap tahun pula dianggarkan sekitar 20-25%. Jadi di sini saya menganggarkan purata kenaikan nilai emas setahun ialah 24%. Kalau lebih dari itu Alhamdulillah..kalau kurang sedikit saya tetap bersyukur. TETAPI kalau harganya makin menurun sehinggakan mencapai -0%..itu tidak logik sedangkan harga barang-barang di dunia sekarang semakin naik. Takkanlah emas makin menurun. Terpulanglah kepada pembaca untuk menilainya.

APA KONSEP 1 DINAR 1 BULAN NI!!!!
Konsep ini ialah kempen untuk untuk kita menabung sekurang-kurangnya 1 dinar setiap bulan. Jika mampu lebih dari itu amat-amatlah digalakkan. Ia sangat sesuai kepada semua jenis niat untuk pelaburan emas. Maksud saya, jika pembaca ingin melabur untuk mendapatkan keuntungan, melabur untuk simpanan masa depan ataupun melabur untuk berkahwin sekalipun, ia tetap juga sesuai. Asalkan ianya untuk pelaburan jangkamasa panjang. Kalau untuk jangkamasa pendek, kaedah ini tersangatlah tidak sesuai.

Kite tengok pengiraan ye!!!

Bulan                     We Sell                 We Buy
Pertama                 550                         517
Kedua                   561                         527
Ketiga                   572                         538
Keempat               583                         548
Kelima                  594                         558
Keenam                605                         569
Ketujuh                 616                         579
Kelapan                627                         589
Kesembilan           638                         600
Kesepuluh             649                         610
Kesebelas             660                         620
Keduabelas           671                         631
Ketigabelas           682                         641

*Anggaran spread 6% untuk memaksimumkan spread…spread sebenar lebih rendah
* Spread = Harga jualan emas – Harga belian semula emas
* Anggaran kenaikan emas setiap bulan 2%..kenaikan sebenar lebih tinggi

Cuba pembaca yang budiman bayangkan pembaca beli 1 keping dinar pada bulan yang pertama..
Beli pada harga RM 550. Kemudian jual semula pada bulan yang ketiga belas iaitu 12 bulan selepas dinar emas tadi dibeli. Harganya ialah RM 641.
Rm 641 – RM 550 = RM 91
Woww….keuntungan sebanyak RM 91 @ 16.54% dalam masa 12 bulan tanpa berbuat apa-apa. Hanya beli, simpan dan jual semula. Bagaimana kalau kita membeli 1 dinar setiap bulan dan kumpul banyak-banyak dan jualnya semula pada harga belian semula yang sangat tinggi..BUKANKAH ITU MENGUNTUNGKAN..               
Bagaimana kalau emas naik sehingga 30-40% setahun??? Lagi untung..
Bagaimana kalau membeli lebih 1 dinar setiap bulan dan jualnya semula??? Lagi untung…

Jadi disini saya sarankan untuk permulaan, kumpullah 1 dinar setiap bulan kerana membeli emas itu tidak rugi malah menguntungkan.

Bagi lelaki bujang yang berniat untuk berkahwin pada tahun hadapan ataupun tahun-tahun seterusnya, bolehlah mengumpul dinar emas ini setiap bulan. Kerana dengan cara ini, saudara dapat mencapai hajat untuk berkahwin malah menguntungkan lagi kerana nilai emas yang anda beli itu selepas anda menjualnya semula akan semakin mahal. Dengan erti kata lain…siap untung lagi. Modal melabur (beli emas RM 10,000) tahun ini tetapi  tahun depan dan seterusnya akan jadi RM 12,000 @ lebih dari itu.

Tepuk dada tanya selera..Jika inginkan sesuatu mesti ade usaha, disiplin, sabar & tawakal. Tangguh dulu segala kemewahan dan hiduplah cara sederhana…Wassalam.

               


No comments:

 

Mengenai Blog Ini

Blog ini bertujuan untuk menyedarkan dan mendidik orang ramai tentang kebaikan emas pelaburan. Di samping itu juga, tuan punya blog mempunyai misi tersendiri iaitu untuk membaiki taraf hidup khususnya orang-orang Melayu kita dengan melabur di dalam emas pelaburan. Selain itu, blog ini juga akan mendedahkan bagaimana membuat keuntungan dengan melabur emas dan juga membezakan skim pelaburan emas (skim cepat kaya) dengan pelaburan emas fizikal. Bersama-samalah kite berkongsi maklumat dan informasi terkini untuk kesejahteraan bersama.

Followers

Danish Gold Malaysia Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template