SKIM PELABURAN EMAS
Di Malaysia anda boleh menjumpai syarikat-syarikat yang menawarkan pulangan jika anda menyertai skim pelaburan mereka. Persoalannya, adakah skim-skim pelaburan emas ini boleh dipercayai?
Justeru itu saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara:
Apakah itu:
1. Pelaburan emas.
2. Menyertai skim pelaburan emas
3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.
Dengan memahami perkara ini, anda akan mengetahui pelaburan emas yang sebenarnya. Selain itu anda akan memahami apakah perbezaan di antara ketiga-tiga perkara di atas.
PELABURAN EMAS
Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan. Emas ini anda gunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan anda. Biasanya pelaburan emas adalah untuk jangka masa sederhana dan panjang. Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk mendapat keuntungan. Bagi saya, ini adalah pelaburan emas yang paling selamat dan tak memeningkan kepala. Anda tak perlu risau ditipu sebagaimana jika anda menyertai skim pelaburan emas.
SKIM PELABURAN EMAS
Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas. Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur.
Untuk pengetahuan anda, saya sendiri tidak pernah menyertai skim pelaburan/penyimpanan emas.
Jika anda berminat untuk menyertai skim pelaburan emas, di sini saya ada sedikit panduan untuk anda:
PANDUAN SEBELUM MENYERTAI SKIM PELABURAN EMAS
- Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. Anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/. Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.
- Berapa harga emas yang dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi? Tidak ada gunanya anda membayar harga yang tinggi semata-mata mahukan pulangan bulanan.
- Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan mengurangkan keuntungan pelabur.
- Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga. Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur. Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!
- Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI! Ini adalah risiko yang sangat tinggi.
- Exit cost – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda? Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.
- Cuba kira kerugian anda dalam ‘worst case senario’ Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen, minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali. Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal.
- Ada kontrak tak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja then JANGAN SERTAI. Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat. Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.
- Kalau anda takut risiko, jangan sesekali joint skim pelaburan emas yang ada risiko. Nanti tak tidur lena lah jawabnya…
FAKTOR RISIKO
Menyertai skim pelaburan emas mempunyai kebaikan dan keburukan risiko tersendiri. Contohnya kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pertama. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit. Tapi sebelum anda seronok membayangkan keuntungan saya nak beritahu bahawa skim pelaburan emas ada risikonya. Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tak bayar atau syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat pinjaman peribadi untuk menyertai program-program pelaburan emas.
ANDA BOLEH RUGI BESAR WOOO!!!!!!!!
SKIM CEPAT KAYA YANG MENGGUNAKAN EMAS
Ok, akhir sekali, skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. Ini perlu dielakkan sama sekali. Bagaimana nak tahu? senang jer.. ini ciri-cirinya:-
- Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN. Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.
- Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan aktiviti jual beli emas.
- Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda sertai sebab pulangan lumayan yang dijanjikan.
- Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisen. Lebih ramai, lebih income.
- Pulangan yang dijanjikan amat tinggi dan tidak munasabah.
- Kalau nak dapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat semula untuk didagangkan. Kalau begini, better lari jauh-jauh.
No comments:
Post a Comment